Tuesday, 14 June 2011

Cabaran si perantau dan orang yang berhijrah

Merantau di tempat orang bukanlah pilihan yang mudah. Ramai yang merantau disebabkan pelbagai perkara. Kerja, perniagaan dan sebagainya. Semasa zaman Rasullah SAW, Baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah. Jika niat betul, kita merantau atau berhijrah, kita akan mendapat pahala kerana berhijrah / merantau itu adalah sunnah.

Si perantau terbang beratus serta beribu batu jauh dari kampung halaman. Aku dari Kampung Tok Lukup ke Kg. Tebing Tinggi, ke Terengganu, Penang, Perak, Selangor, Sabah dan sekarang Sarawak.

Diusia 16 tahun, aku sudah mula meninggalkan kampung halaman. Meninggalkan gelak ketawa serta tangis bila bergaduh dengan adik beradik. Meninggalkan masakan ibu yang membesarkan aku. Meninggalkan kasih sayang ibubapa. Dan segala yang menjadi nikmat hidup.

Tidaklah sama masa harian dapat bersama, ditukar dengan cuma beberapa hari semasa balik bercuti. Itupun sekali dua setahun.

Satu - satunya datuk yang masih tinggal, meninggal tahun 2007, tidak dapat jua aku balik kerana sedang menghadapi peperiksaan DIPOM. Ibu saudara serta saudara lain yang meninggal jua tidak dapat dilawati. Apatah lagi kenduri kendara.

Tiba saat itu, kekadang sendirian berfikir, apa aku buat jauh sebegini. Bekerja dan mencari duit? Banyak sangatkah duit yang aku perolehi dibandingkan dengan bekerja di kampung halaman? saudara aku di kampung pun dapat mengumpul kekayaan dengan mencari rezeki di kampung. Malah lebih kaya daripada aku.

Gembira sangatkah aku dengan tempat orang? Berada bersama kawan - kawan? Adakah gembira itu dapat menandingi gelak ketawa bersama ibu, ayah, adik beradik serta saudara?

Tiba musim buah buahan, aku kempunan makan durian, rambutan dan duku. Melihat yang dijual di jalanan dengan durian harga RM15/kg, cukup dengan menelan air liur sahaja. Jika di kampung, yang diberi oleh sanak saudara pun tidak habis makan.

Ibu dan ayah yang sudah tua dan sakit ditinggalkan jauh, menambah lagi sayu hati kecil aku. Bila mendengar berita mereka sakit dan aku tidak dapat melawat, membuatkan aku meronta - ronta untuk balik dan memeluk mereka.

Semua soalan di atas, hingga ke hari ini tidak dapat aku jawab. Namun, lagi The Zikr, Perantau sentiasa menjadi lagu tema sewaktu aku kesedihan berjauhan, merantau, berhijrah ke negeri orang.

Perantau Lyrics

by The Zikr

Perantau
Album : Secercah Pewarna
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah

Walaupun aku bukan pejuang agama, namun aku juga merantau dan berhijrah. Aku berjuang untuk sesuap nasi. Aku berjuang untuk mengikuti sunnah Rasullah SAW berhijrah. Aku berjuang untuk memajukan diri dan keluarga mengikut tradisi orang Cina yang suka merantau ke seluruh dunia.

Aku berjuang kerana masih mencari hikmah merantau dan berhijrah ke tempat orang.

...ayat untuk mengubati hatiku yang kesedihan.

No comments:

Post a Comment