Wednesday, 8 June 2011

Pengurusan Kewangan Peribadi II

Tips untuk membeli rumah ;-

Tips ini berguna jika anda berhasrat untuk menceburi bidang pelaburan hartanah. Beli rumah untuk disewa atau dijual selepas jangkamasa tertentu.



  1. Beli rumah di kawasan yang strategik. Strategik bermaksud, senang dijual dan senang untuk disewa. Kawasan perumahan bersih dan kurang kadar jenayah.

  2. Rumah berhampiran sekolah dan kemudahan asas seperti bank, pasar dan sebagainya.

  3. Rumah yang sudah siap.

  4. Harga rumah dan bayaran ansuran pinjaman bank lebih rendah atau sama dengan bayaran sewa yang diperolehi.

  5. Gunakan duit KWSP akaun II untuk membayar deposit. Jangan membuat pinjaman peribadi atau pinjaman along. Jika anda tidak mempunyai duit yang cukup untuk membayar duit deposit 10%, simpan duit terlebih dahulu. Jangan tergesa - gesa.

  6. Pelbagaikan pilihan sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah. Dapatkan 10 pilihan rumah sebelum membeli.

  7. Jangan terpengaruh dengan hasutan salesman ataupun rakan - rakan untuk membeli rumah tertentu. Anda perlu membuat kajian teliti sebelum keputusan besar dibuat.

No comments:

Post a Comment