Wednesday 8 June 2011

Pengurusan Kewangan Peribadi

Sebagai orang yang makan gaji, duit yang diterima perlu diurus dengan baik dan berdisiplin. Tanpa disiplin, kita akan dibebani hutang dan sentiasa menghadapi keperitan menjalani kehidupan seharian.

Bukan jumlah berapa banyak duit yang kita perolehi menjadi isu, tetapi bagaimana kita membelanjakannya setiap waktu.

Berikut adalah tips yang diberikan dan boleh dikongsi untuk menguruskan kewangan setiap bulan;



  1. Amalkan budaya menyimpan duit. Anda boleh bermula dengan 30% atau 40% daripada gaji bersih. Simpan dalam akaun yang tiada kad atm. Masukkan secara SI Standing Instruction. Simpan duit tersebut sehingga mencapai jumlah enam bulan gaji anda.


  2. Kurangkan hutang.


  3. Bayar semua hutang terutama hutang yang mempunyai nilai riba atau interest yang tinggi.


  4. Berbelanja mengikut kemampuan anda dan duit baki setelah anda simpan. Jika perbelanjaan anda melebihi daripada duit baki yang anda ada, anda perlu mengurus kembali kewangan anda sebelum masalah besar muncul.


  5. Bayar zakat. Bayaran zakat mendapat pengecualian LHDN. Lebih besar lagi manfaatnya rezeki yang anda perolehi berkat. Harta yang berkat mencukupi walaupun sedikit. Apabila bayaran zakat telah


  6. Jangan guna kad kredit yang mempunyai had kredit lebih dari RM5000. Melainkan gaji anda lebih dari RM10K. Jika gaji anda RM5000 ke bawah, cukuplah mempunyai had kredit RM5000 atau jangan ada kad kredit langsung.


  7. Bayar semua pinjaman mengikut jadual. Jika anda mempunyai pinjaman perumahan, kereta dan pinjaman semasa belajar, rancang dan bayar mengikut jadual.


Melabur



  1. Sebelum melabur, dapatkan pandangan daripada orang yang berpengalaman. Banyak pelaburan boleh dilakukan, namun ilmu dalam setiap pelaburan amat penting.


  2. Pelaburan hartanah. Gunakan duit simpanan anda yang telah mencapai enam bulan gaji bersih untuk membeli hartanah. Pilih kawasan yang strategik. Beli rumah dan jadikan rumah tersebut untuk disewa.

bersambung ...

No comments:

Post a Comment