Tuesday, 7 June 2011

Kenapa saya mejadi blogger?

Berikut adalah alasan saya kenapa saya menjadi blogger ;-


  1. Berkongsi pelbagai maklumat berguna berhubung kerjaya saya sebagai jurutera, pengurus, khalifah dan sebagainya dengan semua orang.

  2. Pusat data maklumat ; Banyak maklumat berguna disimpan di dalam buku atau medium lain seperti komputer dan notebook. Tapi tidak dapat dibawa merata - rata. Dengan mengisi maklumat tersebut ke dalam blog, anda dapat menyimpan maklumat tersebut dan dapat akses di mana - mana jua dan bila - bila masa dengan syarat ada akses kepada internet. Bayangkan komputer anda hilang atau rosak, semua maklumat tidak akan dapat diakses semula.

  3. Berkongsi pengalaman kehidupan dalam industri sawit ; ramai orang tahu industri sawit negara banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Tapi tidak ramai yang tahu bagaimana kehidupan di dalam industri tersebut. Dengan pengalaman yang ada, saya mencurahkan pengalaman ke dalam blog untuk dikongsi dengan para jurutera baru dan lama. Berkongsi pengalaman dan dengan harapan masyarakat Malaysia akan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh mereka yang menyumbang ke dalam industri ini. Disamping menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang sawit. Memberikan gambaran yang jelas apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan untuk berjaya di dalam industri ini.

  4. Menjadi penulis ; saya menyimpan niat untuk menjadi penulis satu hari nanti. Seperti Mahbob Abdullah yang menulis The Planter's Tales dan Up River. Blog menjadi medan untuk saya menulis nanti.

  5. Berdakwah ; gunakan blog untuk berdakwah.

No comments:

Post a Comment